Komuniti Juruteknik Komputer Batu Pahat

T-shirt FTBP

Monday 31 March 2014


Cadangan untuk membuat baju tshirt basahan FTBP. Tujuannya untuk di pakai bersama baju bengkel kita yang tebal tu. Jadi time buat kerja2 berat boleh pakai tshirt je. .Macam brader2 tnb ngn telekom buat tu..Tak perlu mahal-mahal janji selesa dipakai. Illustrasi diatas adalah sebagai contoh reka bentuk tshirt tersebut. Jika tuan-tuan ada cadangan lain bolehlah kemukakan. Kalo semua setuju boleh ajukan pada AJK tertinggi untuk tindakan selanjutnya.

JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 1MALAYSIA

http://forum.kjkm.org/index.php?action=register











Task Force JTK BP







Jadual Gaji

Thursday 27 March 2014

Menilai Tabiat Berbelanja Anda
Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.
Perhatikan sama ada:
  • Anda menggunakan wang simpanan anda untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk membayar pinjaman lama
  • Anda membelanjakan wang melebihi pendapatan anda
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak